IMBASAN sinar X menunjukkan ketulan magnet dalam perut bayi terbabit. FOTO Agensi
IMBASAN sinar X menunjukkan ketulan magnet dalam perut bayi terbabit. FOTO Agensi
Agensi

Moscow: Seorang bayi di Rusia terpaksa menjalani pembedahan selepas didapati menelan 209 biji magnet.

The Sun melaporkan bayi yang tidak didedahkan identitinya itu berdepan risiko maut jika pembedahan tidak dijalankan segera.

Ketika pembedahan dijalankan, pasukan perubatan terpaksa menggunakan kaedah endoskop untuk mengenal pasti punca pendarahan pada najis bayi itu.

Pembedahan selama dua jam itu berjaya mengeluarkan ketulan halus tajam dari ususnya.

Biji magnet yang tajam itu menyebabkan pendarahan yang merosakkan usus bayi terbabit.

Bayi terbabit dikatakan menelan 209 biji magnet dalam tempoh dua bulan.

Ibu bapanya bagaimanapun pelik apabila melihat warna hitam pada najis anak mereka dan memikirkan kemungkinan berlakunya pendarahan dalaman.

Imbasan sinar x kemudian menemui ketulan halus tersekat pada usus bayi terbabit sebelum pembedahan segera dijalankan.

Pembedahan dijalankan sekumpulan pakar dari Institut Pembedahan Kecemasan Kanak-Kanak dan Trauma.

Kini, bayi terbabit dilaporkan dalam tempoh pemulihan dan berada dalam keadaan stabil.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 20 April 2021 @ 7:40 AM