SALAH satu lokasi tunjuk perasaan di Yangon. FOTO AFP
SALAH satu lokasi tunjuk perasaan di Yangon. FOTO AFP
AFP

Yangon: Pasukan keselamatan Myanmar melepaskan tembakan kepada penunjuk perasaan menyebabkan lapan individu terbunuh, semalam.

Junta kini menggerakkan usaha mengekang protes jalanan berskala besar untuk menuntut tentera membebaskan pemimpin yang digulingkan Aung San Suu Kyi dan sekutu politik, dibebaskan.

Tindakan ketenteraan semakin meningkat pada Ahad dengan tembakan rambang kepada penunjuk perasaan di empat bandar utama di Myanmar.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengutuk serangan terbaru itu dan memaklumkan menerima maklumat sahih bahawa 18 orang sudah terbunuh.

"Kami mengutuk sekeras-kerasnya kekejaman yang dilakukan kepada penunjuk perasaan di Myanmar dan mendesak tentera berhenti menggunakan kekerasan kepada penunjuk perasaan," kata Ravina Shamdasani, jurucakap hak asasi manusia untuk PBB.

Tentera Myanmar merampas kuasa selepas menahan Presiden Win Myint dan Kaunselor Negara Aung San Suu Kyi selepas tentera menuduh berlaku penipuan dalam pilihan raya umum November lalu yang menyaksikan parti pemerintah (NLD) pimpinan Suu Kyi menang besar.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 1 Mac 2021 @ 9:43 AM