OBJEK yang terhempas dan masuk ke sebuah rumah di Florida adalah sampah yang dibuang dari Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS). FOTO Agensi/NASA
OBJEK yang terhempas dan masuk ke sebuah rumah di Florida adalah sampah yang dibuang dari Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS). FOTO Agensi/NASA
Agensi

New York: Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) mengesahkan objek yang terhempas dan masuk ke sebuah rumah di Florida adalah sampah yang dibuang dari Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).

United Press International (UPI) melaporkan, objek silinder itu terjatuh melalui bumbung rumah Alejandro Otero di Naples pada 8 Mac lalu.

Bunyi nahas itu dirakamkan oleh kamera kepunyaan pemilik rumah.

Objek itu sudah diambil oleh NASA untuk diperiksa, dan agensi angkasa lepas itu kemudian mengesahkan bahawa ia adalah tinggalan daripada palet kargo seberat 5,800 paun (kira-kira 2,631 kilogram), iaitu bateri hidrida nikel yang sudah habis dan dibuang dari ISS pada Mac 2021.

"Ia terbakar sepenuhnya ketika memasuki atmosfera Bumi pada 8 Mac itu.

"Bagaimanapun, sekeping perkakasannya tidak terbakar dan terjatuh ke dalam sebuah rumah di Naples, Florida," kata NASA dalam satu kenyataan.

NASA menjelaskan, serpihan seberat 1.6 paun (kira-kira 0.73 kilogram), berukuran kira-kira 10.16 sentimeter panjang itu adalah penyangga dari peralatan sokongan penerbangan NASA yang digunakan untuk memasang bateri pada palet kargo.

Keterangan Gambar:

Slug: imejnasa

OBJEK yang terhempas dan masuk ke sebuah rumah di Florida adalah sampah yang dibuang dari Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS). FOTO Agensi/NASA

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 19 April 2024 @ 3:51 PM