(kiri) Kelsey (kanan) Dr Thomas Burchard. FOTO Agensi
(kiri) Kelsey (kanan) Dr Thomas Burchard. FOTO Agensi
Agensi

Washington: Bekas model Playboy dijatuhi hukuman penjara sekurang-kurangnya 10 tahun kerana membunuh seorang doktor psikiatri yang mayat mangsa ditemui reput dalam bagasi di but kereta wanita itu.

Mirror UK melaporkan Kelsey Turner, 29, dijatuhi hukuman itu atas pembunuhan dilakukan terhadap pakar psikiatri California, Dr Thomas Burchard, 71, pada 2019.

Turner membuat pengakuan melakukan pembunuhan terhadap Burchard dengan mengarahkan teman lelakinya Jon 'Logan' Kennison untuk menyerang Burchard ketika dia melawat pasangan itu di Las Vegas.

Kennison sudah dijatuhi hukuman penjara antara 18 dan 45 tahun pada Julai lalu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan membunuh menggunakan senjata dan konspirasi untuk melakukan pembunuhan.

Burchard dilaporkan mempunyai hubungan intim dengan bekas model itu malah menanggung kos sara hidup Turner dan anaknya.

Pendakwa raya berkata, Burchard dipukul hingga mati dengan kayu besbol oleh Kennison sebelum mayatnya disumbat dalam Mercedes-Benz C300 biru Turner seterusnya ditinggalkan di padang pasir berhampiran Lake Mead, tenggara Nevada, Amerika Syarikat pada 2019.

Turner ditahan pada 21 Mac 2019 di Stockton, California.

Menurut bekas teman wanita Burchard, Judy Earp, pakar psikiatri itu memberi Turner AS$300,000 (RM1.3 juta).

Earp memberitahu hakim pada Selasa bahawa Turner cuba memeras ugut Burchard, dengan mengatakan akan memberitahu pihak berkuasa bahawa dia mempunyai pornografi kanak-kanak.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 16 January 2023 @ 3:30 PM