TURNER tidak percaya kekurangan minit akan menghalang ketajaman perlawanannya. FOTO Agensi
TURNER tidak percaya kekurangan minit akan menghalang ketajaman perlawanannya. FOTO Agensi
AFP

Los Angeles: Matt Turner berkata dia tidak terkesan dengan kekurangan minit perlawanan bersama Arsenal ketika berusaha untuk membuktikan dirinya sebagai penjaga gol pilihan pertama Amerika Syarikat (AS) di Piala Dunia.

Turner, 28, yang beraksi lapan kali dalam kesebelasan utama daripada 14 perlawanan kelayakan Piala Dunia, menyertai Gunners pada Jun lalu atas perjanjian jangka panjang daripada Revolusi New England selepas dinamakan sebagai penjaga gol terbaik Major League Soccer 2021.

Bagaimanapun, Turner gagal mengatasi penjaga gol pilihan pertama, Aaron Ramsdale sejak berpindah ke London, dan tidak beraksi dalam mana-mana tujuh perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) bersama The Gunners setakat ini.

Turner tidak percaya kekurangan minit akan menghalang ketajaman perlawanannya ketika AS bersiap sedia untuk perlawanan persahabatan menentang Jepun dan Arab Saudi aksi terakhir pasukan sebelum menuju ke Piala Dunia di Qatar.

"Situasi ini bergantung kepada cara anda ketika dalam latihan. Jika hanya ingin bersiar-siar ketika di dalam latihan anda tidak akan merasakan mampu mengubah situasi.

"Tidak kisah apa yang anda lakukan, anda akan kehilangan banyak ketangkasan.

"Saya tidak tahu banyak mana anda tahu mengenai saya atau cerita saya. Bagaimanapun, sebenarnya bukan dengan itu cara saya kendalikan.

"Setiap hari saya akan ke menjalani latihan, saya cuba untuk menjadi lebih baik, cuba untuk belajar dan mempertingkatkan kemampuan. Cuba untuk mempersiapkan diri masuk ke dalam padang," katanya.

Turner salah seorang daripada tiga penjaga gol yang berada dalam skuad AS untuk aksi menentang Jepun di Duesseldorf, Jerman Jumaat ini dan Rabu depan berdepan Arab Saudi di Murcia, Sepanyol.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 20 September 2022 @ 8:28 AM