POLIS menyiasat lokasi kejadian. FOTO AP
POLIS menyiasat lokasi kejadian. FOTO AP
AP

Philadelphia: Remaja 14 tahun terbunuh dan empat lagi pelajar cedera dalam insiden tembakan berhampiran padang sebuah sekolah di sini, selepas kekecohan kerana perlawanan bola sepak.

Polis berkata, pemain berjalan keluar dari padang di belakang Sekolah Tinggi Roxborough selepas huru-hara membabitkan tiga sekolah, apabila sekurang-kurangnya dua orang melepaskan tembakan selepas 4.30 petang, Selasa.

Penembak kemudian diri dari lokasi kejadian.

Polis berkata, seorang remaja berusia 14 tahun ditembak di dada dan disahkan meninggal dunia tidak lama selepas 5 petang, Rabu, di Pusat Perubatan Einstein.

Remaja lelaki berusia 17 tahun ditembak di tangan dan kaki, manakala seorang lagi yang berusia 14 tahun terkena tembakan di kaki, dilaporkan stabil.

Tiada maklumat mengenai pelajar keempat yang turut dibawa ke hospital, manakala seorang lagi yang turut terkena tembakan dirawat di lokasi kejadian.

Deputi Komisioner Polis John Stanford memberitahu wartawan bahawa pemain berjalan keluar dari kekecohan membabitkan Sekolah Tinggi Roxborough, Sekolah Tinggi Timur Latin dan Boys Latin Charter School, yang baru berakhir, ketika tembakan mula dilepaskan.

Setakat ini, tiada tangkapan.

Polis akan memeriksa imej dari kamera litar tertutup di kawasan itu di samping menyiasat mengenai maklumat perhimpunan dan media sosial yang mungkin berkaitan dengan insiden itu.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 28 September 2022 @ 9:43 AM