FOTO HIASAN. FOTO Reuters
FOTO HIASAN. FOTO Reuters
AFP

Washington: Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) Amerika Syarikat (AS) semalam, meluluskan penggunaan vaksin Novavax untuk individu berusia 18 tahun ke atas.

Vaksin berkenaan yang dihasilkan syarikat AS, turut tersedia untuk puluhan negara lain.

Sebelum ini, hanya tiga suntikan Covid-19 dengan dua daripadanya daripada teknologi teknologi mRNA diluluskan penggunaannya di negara itu.

Pesuruhjaya FDA, Robert Califf berkata, kebenaran kecemasan menggunakan vaksin Novavax menawarkan orang dewasa di AS yang belum menerima vaksin Covid-19 satu lagi pilihan yang memenuhi piawaian ketat FDA untuk keselamatan, keberkesanan dan kualiti pembuatan.

Diambil dalam dua dos selama selang tiga minggu, vaksin Novavax menggunakan teknologi yang lebih konvensional daripada mRNA yang menjadi subjek banyak teori konspirasi, walaupun ia terbukti selamat.

Kandungan vaksin Novavax mengandungi sebahagian daripada virus yang mencetuskan tindak balas imun adalah satu pendekatan yang digunakan oleh banyak suntikan biasa lain.

Dalam ujian klinikal membabitkan ribuan orang di AS dan Mexico, ia adalah 90 peratus berkesan terhadap kes gejala Covid-19.

Ujian berkenaan sudah dijalankan sebelum kemunculan varian Delta dan Omicron.

Kadar vaksinasi orang dewasa di AS mencapai tahap 77 peratus.

Kerajaan AS minggu ini mengumumkan, mereka membeli 3.2 juta dos Novavax, sementara menunggu keputusan FDA.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 Julai 2022 @ 10:22 AM