VAKSIN Pfizer. FOTO fail AFP
VAKSIN Pfizer. FOTO fail AFP
AFP

Washington: Amerika Syarikat (AS) membenarkan penggunaan dos penggalak vaksin Pfizer untuk individu dewasa berusia lebih 65 tahun, berisiko tinggi mendapat penyakit kronik dan bekerja dalam bidang yang terdedah wabak.

Pengumuman dibuat semalam itu memberi isyarat puluhan juta rakyat AS kini layak mendapat suntikan dos ketiga selepas enam bulan mendapat dos kedua.

"Langkah diambil hari ini menunjukkan sains dan data yang ada sekarang terus menjadi panduan Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) untuk membuat keputusan berkaitan Covid-19 sepanjang tempoh wabak ini," kata Janet Woodcock, pemangku ketua FDA.

Keputusan itu sudah dijangka selepas panel pakar bebas yang dipanggil oleh badan pengawal selia minggu lalu memilih untuk mengesyorkan langkah berkenaan.

Pemberian dos penggalak Pfizer kini sedang diperdebatkan oleh badan pakar berasingan oleh Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), yang mungkin akan mengesyorkan maklumat lebih lanjut.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 23 September 2021 @ 10:26 AM