TENTERA AS menaiki pesawat dari Fort Bragg, Carolina Utara untuk dihantar ke Eropah. FOTO AFP
TENTERA AS menaiki pesawat dari Fort Bragg, Carolina Utara untuk dihantar ke Eropah. FOTO AFP
AFP

Washington: Amerika Syarikat (AS) tidak percaya Presiden Rusia Vladimir Putin sudah membuat keputusan muktamad untuk menyerang Ukraine, namun pemimpin itu boleh melakukan tindakan tanpa sebarang amaran.

Jurucakap Pentagon John Kirby berkata, Setiausaha Pertahanan AS Lloyd Austin merancang untuk berlepas ke Eropah Selasa untuk rundingan krisis, lapor AFP.

Katanya, Austin akan mengadakan mesyuarat di ibu pejabat Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) di Brussels dan melawat Poland, dan Lithuania, di mana Amerika Syarikat merancang untuk mengerahkan 3,000 lagi tentera.

Mengenai kemungkinan pencerobohan Rusia ke atas Ukraine, Kirby berkata. pihaknya masih tidak percaya bahawa beberapa keputusan muktamad sudah dibuat.

"Tindakan ketenteraan boleh berlaku pada bila-bila masa. Ada kemungkinan besar ia boleh bergerak sedikit atau tanpa amaran."

Sementara itu, jurucakap Jabatan Negara Ned Price berkata, AS melihat keadaan reda di sempadan Rusia-Ukraine.

"Kami percaya bahawa diplomasi terus berdaya maju dan masih ada ruang untuk menyelesaikannya melalui dialog dan diplomasi," katanya kepada pemberita.

Setiausaha Negara Antony Blinken mengumumkan pada Isnin bahawa AS sedang memindahkan kedutaannya di Kyiv ke bandar Lviv di barat Ukraine.

"Kedutaan akan kekal berurusan dengan kerajaan Ukraine, menyelaraskan pembabitan diplomatik di Ukraine.

"Kami juga meneruskan usaha diplomatik intensif kami untuk mengurangkan krisis," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 15 Februari 2022 @ 10:03 AM