PELARIAN Ukraine berjalan di sempadan untuk memasuki Moldova. FOTO EPA
PELARIAN Ukraine berjalan di sempadan untuk memasuki Moldova. FOTO EPA
AFP

Washington: Rusia sedang merekrut rakyat Syria dan pejuang asing lain ketika ia meningkatkan serangannya ke atas Ukraine, kata Pentagon.

Moscow memasuki perang saudara Syria pada 2015 di pihak rejim Presiden Bashar al-Assad, dan negara itu terperangkap dalam konflik dan pertempuran bandar selama lebih sedekad, lapor AFP.

Pegawai Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) berkata, Presiden Rusia Vladimir Putin 'dalam misi merekrut' dan berusaha membawa beberapa pejuang terbabit ke dalam pertempuran di Ukraine.

Menurut Wall Street Journal, pegawai AS berkata, Rusia yang melancarkan pencerobohan ke negara jirannya pada 24 Februari merekrut pejuang dari Syria dengan harapan mereka boleh membantu menawan Kyiv beberapa hari kebelakangan ini .

Seorang pegawai memberitahu beberapa pejuang sudah berada di Rusia, bersedia menyertai perjuangan di Ukraine, walaupun tidak jelas berapa ramai pejuang yang direkrut.

Dengan butiran ringkas, pegawai tidak membuat spekulasi mengenai berapa ramai askar upahan yang menyertai perjuangan itu atau kualiti mereka, tetapi Pentagon berkata tidak ada sebab untuk meragui ketepatan laporan itu.

"Kami percaya bahawa Rusia mencari pejuang Syria untuk menambah tentera mereka di Ukraine, kami percaya ada kebenarannya," kata jurucakap Pentagon John Kirby kepada wartawan apabila ditanya mengenainya.

Tetapi dengan kuasa yang sangat besar dan lebih daripada 150,000 tentera yang dikerahkan Putin, Pentagon berkata, ia patut diberi perhatian bahawa ada keperluan untuk Rusia merekrut tentera upahan.

"Sangat menarik bahawa Putin perlu bergantung kepada pejuang asing di sini walaupun dia mengakui Pentagon tidak mengetahui mengenai siapa yang menyertai perjuangan itu," kata Kirby.

Serangan hampir dua minggu di Rusia menyaksikan lebih 1.5 juta orang meninggalkan negara itu dalam apa yang disebut PBB sebagai krisis pelarian yang paling drastik di Eropah sejak Perang Dunia Kedua.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 8 Mac 2022 @ 9:52 AM