Pasukan keselamatan berkawal di bangunan Capitol, Washington. Foto AFP
Pasukan keselamatan berkawal di bangunan Capitol, Washington. Foto AFP
AFP

Washington: Wanita maut dipercayai terkena tembakan dalam rusuhan keganasan oleh penyokong Presiden Donald Trump di bangunan Capitol di sini, semalam.

Jurucakap polis, Alaina Gertz bagaimanapun tidak memberikan sebarang perincian mengenai identiti wanita itu atau kejadian tembakan itu.

Beliau berkata, kejadian tembakan itu sedang disiasat oleh Polis Metropolitan Washington.

Video yang tidak disahkan menunjukkan seorang wanita yang menjadi sebahagian penunjuk perasaan dalam bangunan Capitol berdarah setelah berlakunya tembakan bagi menghalang rusuhan berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 7 January 2021 @ 9:25 AM