PENUNJUK perasaan berhimpun dekat Sunset Boulevard, Los Angeles. FOTO AFP
PENUNJUK perasaan berhimpun dekat Sunset Boulevard, Los Angeles. FOTO AFP
Agensi

Washington: Ribuan penunjuk perasaan mengabaikan perintah berkurung di puluhan bandar utama di Amerika Syarikat (AS) apabila keluar mengadakan rusuhan di jalanan.

Lapor BBC News, keganasan dan rusuhan di Amerika Syarikat (AS) bertambak buruk

buruk pada malam keenam bagi membela kematian lelaki Afrika-Amerika, George Floyd.

Polis yang buntu berdepan penunjuk perasaan di New York, Chicago, Philadelphia dan Los Angeles terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan rusuhan.

Pelbagai premis perniagaan dan kenderaan polis di beberapa bandar dimusnahkan dan dibakar.

Negara itu mengalami pergolakan kaum dan rusuhan lebih dahsyat selepas rusuhan pembunuhan Martin Luther King pada tahun 1968.

Pembunuhan Floyd oleh seorang anggota polis berkulit putih Isnin minggu lalu, menyaksikan kebangkitan rakyat di 75 bandar raya di tengah-tengah pandemik Covid-19.

Jalan yang lengang kini penuh dengan penunjuk perasaan yang memenuhi jalanan.

Kebangkitan ini turut menimbulkan kebimbangan apabila segelintir pegawai AS memberi amaran penularan wabak akibat rusuhan jalanan ini.

Puluhan ribu orang berkumpul lebih awal di Texas tempat Floyd dibesarkan dan bakal disemadikan minggu depan.

Datuk Bandar Houston, Sylvester Turner memberikan ucapan penghormatan di hadapan kira-kira 60, 000 orang.

"Hari ini... demi keluarga George Floyd. Kami mahu mereka tahu kematian Floyd tidak akan disia-siakan," katanya seperti dipetik AFP.

Roxie Washington ibu kepada anak perempuan Floyd berusia enam tahun memberitahu dia mahukan keadilan untuk suaminya berikutan dia seorang yang baik.

"Tak kira apapun orang lain fikir, dia sangat baik," katanya sambil menangis ketika melakukan sidang media.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 Jun 2020 @ 3:08 PM