UCAPAN Lam disiarkan di kaca televisyen Hong Kong, China hari ini. FOTO Reuters
UCAPAN Lam disiarkan di kaca televisyen Hong Kong, China hari ini. FOTO Reuters
Reuters

HONG KONG: Pemimpin Hong Kong, Carrie Lam akan menarik balik rang undang-undang ekstradisi selepas ia mencetuskan rusuhan selama tiga bulan di bandar itu.

Reuters melaporkan, ia adalah tuntutan utama didesak oleh kumpulan penunjuk perasaan hingga berlakunya kekacauan di seluruh bandar itu dan menyebabkan lebih 1,000 ditahan polis.

“Kerajaan akan menarik balik rang undang-undang ini untuk meredakan kebimbangan orang awam.

“Saya berikrar bahawa kerajaan akan meneliti secara serius cadangan dibuat menerusi laporan Majlis Aduan Bebas Polis (IPCC). Bermula bulan ini, saya dan kerajaan akan mendekati masyarakat untuk berdialog. Kita harus mencari penyelesaian terhadap rasa tidak puas hati mereka,” katanya.

Lam sebelum ini dilaporkan berkata, rang undang-undang itu sudah ‘mati’ tetapi dia tidak menariknya semula.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 4 September 2019 @ 7:51 PM