PANDANGAN udara keaadan banjir di wilayah Bagalkot, Karnataka. FOTO AFP
PANDANGAN udara keaadan banjir di wilayah Bagalkot, Karnataka. FOTO AFP
Reuters

NEW DELHI/BENGALURU: Jumlah kematian akibat banjir di tiga negeri, Karnataka, Kerala dan Maharashtra melonjak 147 orang, kata pihak berkuasa dalam pada pasukan penyelamat bergegas memindahkan orang ramai manakala air bah semakin turut menenggelamkan satu lokasi warisan dunia.

Hujan lebat dan tanah runtuh memaksa ratusan ribu orang berlindung di kem sementara, manakala perkhidmatan kereta api terjejas di beberapa kawasan banjir.

Di Kerala, selatan India, sekurang-kurangnya 57 orang terbunuh dalam kejadian berkaitan hujan, manakala lebih 165,000 yang lain berada di kem perlindungan, kata pihak berkuasa hari ini.

ANGGOTA tentera India giat menjalankan usaha menyelamat mangsa banjir yang melanda di Karnataka. FOTO AFP
ANGGOTA tentera India giat menjalankan usaha menyelamat mangsa banjir yang melanda di Karnataka. FOTO AFP

Ketua menterinya, Pinarayi Vijayan berkata: “Beberapa rumah masih ditenggelami lumpur sedalam tiga hingga 3.6 meter seterusnya menyukarkan usaha menyelamat.”

Pihak berkuasa juga bimbang operasi menyelamat akan diganggu akibat hujan lebat dan ribut yang dijangka berlaku di beberapa kawasan di Kerala.

Sementara itu, di Karnataka, beberapa struktur di bandar kuno Hampi yang diiktiraf warisan dunia turut ditenggelami air.

Ketua menterinya B S Yediyurappa berkata 60 orang maut akibat hujan lebat manakala hampir 227,000 mangsa banjir kini berlindung di kem.

Keadaan beransur pulih di Maharashtra, di mana jumlah kematian direkodkan 30 orang dan banjir semakin surut, lapor stesen radio negeri, All India Radio.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 Ogos 2019 @ 12:04 AM