KEADAAN banjir di Kerala yang masih belum surut. -Foto AFP
KEADAAN banjir di Kerala yang masih belum surut. -Foto AFP
Reuters

KOCHI, India: Angka kematian di selatan Kerala meningkat hari ini dengan hampir 400 orang dilaporkan mati, akibat banjir terburuk dalam tempoh sedekad, ketika pihak berkuasa menghulurkan bantuan ubat dan melakukan pencegahan penyakit di ribuan kem bantuan.

Menurut pegawai negeri, puluhan orang hilang dan 1.2 juta orang mendapatkan perlindungan di beberapa kem, ketika air mula surut.

“Jumlah kematian meningkat kepada 373 orang,” kata pihak berkuasa pengurusan bencana negeri kepada Reuters.

Kerala menerima hujan lebih 40 peratus lebih banyak daripada biasa ketika musim monsun, bermula dari Jun hingga September. Hujan lebat sejak 10 hari lalu memaksa pihak berkuasa membuang air daripada puluhan empangan yang melimpah.

Kerajaan India mengklasifikasikan banjir itu sebagai ‘bencana alam terburuk’. Kerala menjadikan kejadian itu sebagai bencana kebangsaan dan diterima oleh kerajaan persekutuan, kemungkinan akan mendorong komitmen untuk mendapatkan dana bantuan dan pembangunan semula.

Pegawai pengurusan bencana berkata, tanpa usaha untuk membuat pengumuman sedemikian, mungkin agak sukar untuk menjalankan tugas.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 Ogos 2018 @ 11:00 PM