GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Agensi

MAHARASHTRA: Seorang wanita ditahan polis kerana disyaki memukul dan mencekik anak perempuan berusia 10 hari hingga mati dalam kejadian di daerah Nashik, di sini baru-baru ini.

Jurucakap polis berkata, suspek Anuja Kale, 26, membunuh anaknya pada 31 Mei lalu kerana tertekan melahirkan bayi perempuan untuk kali ketiga.

"Wanita itu memukul mangsa bernama Piyu dengan objek tumpul sebelum mencekiknya hingga mati. Ketika kejadian, suaminya bekerja di luar kawasan," katanya.

India Today memetik kenyataan polis yang berkata, Anuja kemudian menghubungi suaminya dan memberitahu bayi itu tidak sedar diri.

"Doktor mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia sebaik dia dihantar ke hospital," katanya.

Bagaimanapun, suami wanita itu curiga terhadap kematian anaknya, lalu membuat laporan polis.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 5 Jun 2019 @ 1:34 PM