PENGHUNI rumah di Clearwater, Florida, dikejutkan bunyi bising jam 3 pagi mendapati seekor buaya berada di dapur kediamannya. FOTO DailyMail
PENGHUNI rumah di Clearwater, Florida, dikejutkan bunyi bising jam 3 pagi mendapati seekor buaya berada di dapur kediamannya. FOTO DailyMail
Agensi

FLORIDA: Seekor buaya sepanjang tiga meter memecah masuk sebuah rumah di Clearwater, di sini, awal pagi semalam.

Menurut Daily Mail, buaya itu memecahkan cermin bahagian bawah sebuah tingkap di dapur kediaman berkenaan.

Penghuni rumah terbabit memberitahu Fox 13 dia terjaga dari tidur pada jam 3 pagi selepas terdengar bunyi bising di dapur.

Reptilia itu memecahkan beberapa botol wain, merosakkan meja makan dan juga dinding dapur.

Majlis bandaraya Clearwater turut berkongsi beberapa gambar buaya terbabit di dapur rumah itu di media sosial.

Salah satu gambar memaparkan haiwan itu berjaya ditangkap dan bahagian mulut serta mukanya diikat pita pelekat.

Kejadian buaya mengganggu penduduk di Florida bukan baru dan sebelum ini, seekor buaya ditemui berehat dalam kolam renang sebuah rumah.

PIHAK berkuasa dan jabatan perhilitan berjaya menangkap buaya berkenaan. FOTO DailyMail
PIHAK berkuasa dan jabatan perhilitan berjaya menangkap buaya berkenaan. FOTO DailyMail

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 1 Jun 2019 @ 12:50 AM