GAJAH yang maut selepas tersentuh kabel berdekatan kawasan sawah padi. -Foto DailyMail
GAJAH yang maut selepas tersentuh kabel berdekatan kawasan sawah padi. -Foto DailyMail
Agensi

New Delhi: Dua gajah liar ditemui mati akibat renjatan elektrik pada kabel voltan berkuasa tinggi yang mengalir rendah di kawasan sawah padi di kampung Nepura di Gurguripal, Bengal Barat, Timur India.

DailyMail melaporkan, sekurang-kurangnya, 80 ekor gajah berkeliaran di sekitar kampung itu sejak dua minggu dipercayai mencari makanan sebelum ia menyentuh kabel yang berketinggian 60.96 sentimeter dari atas tanah, pada Sabtu lalu.

Pegawai Divisyen Hutan, Rabindranath Saha berkata: “Ia mati akibat renjatan elektrik. Sesetengah kabel voltan berkuasa tinggi mengalir rendah di kawasan berkenaan.

PENDUDUK keluar melihat bangkai gajah sebelum dialihkan pihak berkuasa. -Foto DailyMail
PENDUDUK keluar melihat bangkai gajah sebelum dialihkan pihak berkuasa. -Foto DailyMail

“Ini boleh menyebabkan kematian dan kerosakan kepada orang-orang yang bekerja di bendang itu juga.”

Ketua konservator warden hidupan liar Dr Pradeep Vyas berkata: “Haiwan berkenaan sudah berada di sana sejak empat minggu lalu hingga merosakkan sawah padi, kedai dan rumah penduduk malah ia dipercayai terkena renjatan itu ketika melintasi sawah padi untuk mencari makanan.”

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 20 January 2019 @ 1:44 PM