KAWASAN di Bengkulu yang terjejas banjir. FOTO/AFP
KAWASAN di Bengkulu yang terjejas banjir. FOTO/AFP
AFP

BENGKULU: Angka kematian akibat banjir di Indonesia meningkat kepada 29 orang manakala berpuluh lagi dilaporkan masih hilang, kata pihak berkuasa hari ini.

AFP melaporkan, banjir yang turut merosakkan ratusan bangunan, jambatan dan jalan turut memaksa kira-kira 12,000 penduduk berpindah di wilayah Bengkulu yang terjejas teruk.

Pihak berkuasa turut menyediakan pusat pemindahan sementara dan dapur terbuka untuk mangsa banjir.

Pada masa, kejadian tanah runtuh yang dilaporkan berlaku akibat hujan lebat di wilayah Lampung kelmarin, meragut nyawa enam sekeluarga.

Manakala di Jakarta pula terdapat sekurang-kurangnya dua penduduk maut dan 2,000 orang terpaksa dipindahkan dari kediaman masing-masing.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 29 April 2019 @ 3:17 PM