KYI LIN (dua dari kanan) diekori Aung Win Zaw diiringi polis ke mahkamah. FOTO AFP
KYI LIN (dua dari kanan) diekori Aung Win Zaw diiringi polis ke mahkamah. FOTO AFP
AFP

YANGON: Mahkamah Myanmar, hari ini, menjatuhkan hukuman mati terhadap dua lelaki yang membunuh peguam beragama Islam yang juga penasihat Aung San Suu Kyi.

Peguam itu, Ko Ni yang kerja dan agamanya menjadi sasaran kebencian nasionalis Buddha di media sosial, ditembak di kepala dari jarak dekat di luar lapangan terbang Yangon pada Januari 2017 ketika mendukung cucu lelakinya.

Hakim Khin Maung Maung menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap Kyi Lin yang turut menembak mati pemandu teksi ketika cuba melarikan diri.

Bagaimanapun, menurut Amnesty International, hukuman mati di Myanmar sudah tidak dilaksanakan sejak 10 tahun lalu.

Kyi Lin turut dihukum penjara 23 tahun dengan kerja keras kerana memiliki senjata serta menyebabkan kematian pemandu teksi, Nay Win, yang mengejarnya.

Rakannya, Aung Win Zaw, yang turut berada di lapangan terbang, juga dijatuhkan hukuman mati.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 Februari 2019 @ 9:16 PM