RANIL WICKREMESINGHE
RANIL WICKREMESINGHE
AFP

COLOMBO : Bekas perdana menteri Sri Lanka yang dipecat, Ranil Wickremesinghe dilantik semula hari ini, sekali gus mengakhiri 51 hari krisis politik negara itu.

Wickremesinghe mengangkat sumpah di hadapan Presiden Maithripala Sirisena yang memecat beliau pada 26 Oktober lalu.

Pemecatan berkenaan mencetuskan perebutan kuasa dalam kerajaan hingga menjadikan Sri Lanka hampir lumpuh buat beberapa ketika.

Ahli perundangan Harsha de Silva yang menghadiri upacara itu menyiarkan foto majlis menerusi Twitter.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 16 Disember 2018 @ 2:54 PM