PANTAI Maya Bay di Pulau Phi Phi ditutup selama empat bulan. FOTO Agensi
PANTAI Maya Bay di Pulau Phi Phi ditutup selama empat bulan. FOTO Agensi
Reuters

BANGKOK: Bukan manusia sahaja yang memerlukan waktu rehat tetapi begitu juga dengan pantai.

Pantai dimaksudkan ialah yang dipopularkan oleh filem ‘The Beach’ dibintangi aktor terkenal Leonardo DiCaprio pada tahun 2000.

Pihak berkuasa Thailand memaklumkan hari ini bahawa pantai itu akan ditutup sehingga diberitahu kelak bagi membenarkan ekosistemnya pulih.

Pantai Maya Bay di pulau Phi Phi di Laut Andaman akan ditutup selama empat bulan mulai 1 Jun depan.

Ia bertujuan menyelamatkan terumbu dan batu karang di perairannya kembali elok kerana ia terjejas disebabkan cuaca panas selain pelancong yang terlalu ramai.

Kira-kira 6,000 pelawat mengunjungi pantai itu setiap hari sama ada pergi ke sana dengan bot laju dari pulau peranginan berdekatan termasuk Phuket dan Krabi di tanah besar.

Pun begitu, ada pihak menyuarakan pandangan berbeza mengatakan waktu rehat itu sepatutnya lebih lama.

“Empat bulan tidak mencukupi,” kata Pengarah Pejabat Taman Negara, Songtham Sukswang.

“Kita perlu tempoh rehat sekurang-kurangnya selama setahun atau dua tahun mahupun lebih lama lagi untuk alam sekitarnya pulih termasuk terumbu karang, kawasan paya bakau dan juga keadaan pantai,” katanya lagi.

Sektor pelancongan meliputi 12 peratus ekonomi Thailand tetapi ada kebimbangan yang semakin meningkat mengenai keupayaan negara itu mengurus kedatangan pelancong yang juga bertambah. - Reuters

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 2 Oktober 2018 @ 10:34 PM