LAPANGAN terbang Kochi tutup akibat banjir.
LAPANGAN terbang Kochi tutup akibat banjir.
AFP

THIRUVANANTHAPURAM: Pihak berkuasa terpaksa menutup Lapangan Terbang Antarabangsa Kochi hari ini, selepas landasan ditenggelami banjir.

Lapangan terbang itu dijangka ditutup sehingga Ahad ini susulan banjir semakin teruk akibat hujan lebat di Kerala.

Ketua Menteri Kerala, Pinarayi Vijayan memberi amaran kepada orang awam, empangan mungkin dibuka dalam masa terdekat selepas hujan lebat tidak berhenti sejak beberapa hari lalu.

Lebih 20 kejadian tanah runtuh dilaporkan dan amaran bahaya sudah dikeluarkan di sembilan daerah.

Beberapa mangsa dikhuatiri terperangkap dalam lumpur dan pihak berkuasa mengesahkan 22 orang maut.

Vijayan berkata, lebih 23,000 penduduk sudah dipindahkan ke 315 pusat kecemasan di seluruh Kerala.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 9 Ogos 2019 @ 6:33 PM