ORTEGA (dari kiri ke kanan), Rivas dan Segarra yang disahkan maut. FOTO AFP.
ORTEGA (dari kiri ke kanan), Rivas dan Segarra yang disahkan maut. FOTO AFP.
AFP

TIGA mayat ditemui di dalam hutan di kawasan sempadan Khamis lalu disahkan sebagai wartawan dari Ecuador yang dibunuh selepas ditahan sebagai tebusan.

Barisan pendakwa Colombia dalam satu kenyataan semalam berkata, kesemua mayat itu disahkan sebagai jurugambar, Javier Ortega, 32, jurugambar Paul Rivas, 45 dan pemandu mereka, Efrain Segarra, 60.

Ketiga-tiga mangsa dilaporkan diculik pada 26 Mac lalu.

Menurut kenyataan kerajaan Colombia, mayat ketiga-tiga mangsa akan diserahkan kepada pihak berkuasa Ecuador yang sudah menguruskan pengangkutan udara dari Cali.

Kesemua mangsa yang bertugas dengan akhbar berpengaruh Ecuador, El Comercio diculik ketika membuat liputan mengenai keganasan di sepanjang kawasan terpencil sempadan.

Kejadian itu menyebabkan pihak berkuasa kedua-dua negara mengerahkan pasukan keselamatan masing-masing untuk memburu penculik.

Pihak berkuasa percaya penculikan itu didalangi kumpulan penjenayah diketuai Walter Patricio Artizala atau dikenali sebagai ‘Guacho’ yang juga bekas anggota kumpulan gerila FARC.

Kawasan timur laut sempadan Ecuador yang dikelilingi hutan tebal dan aliran sungai bersambung ke Lautan Pasifik adalah syurga pengedar dadah.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 26 Jun 2018 @ 9:05 AM