JEAN
JEAN
Agensi

Washington: Tidak sempat menikmati hidup bebas selepas menerima suntikan vaksin Covid-19, seorang wanita warga emas maut selepas dipukul seorang lelaki dalam insiden serangan di bandar Portland, Amerika Syarikat.

Mirror melaporkan, Jean Gerich, 77, meninggal dunia seminggu selepas menerima vaksin selepas dipukul seorang pemandu.

Polis melaporkan suspek, Paul Rivas, 64, memukul Jean dan wanita itu mengalami kecederaan terkena objek tumpul dan gagal diselamatkan.

Wanita malang itu juga seorang penghidap kanser sangat disenangi masyarakat setempat.

Seorang ahli keluarga berkata, Jean seorang nenek yang mempunyai lima cucu dan seorang penyayang

"Malah, lebih menyedihkan dia akan berusia 78 tahun dalam 12 hari lagi. Dia menghidap kanser lima tahun lalu.

"Dia mendapat vaksin pertamanya minggu lalu dan sangat gembira dapat keluar lagi," katanya.

Jean tinggal di bandar Portland sejak 1972 dan selama 48 tahun itu dikatakan dia sangat menyukai komuniti setempat, Forest Park itu.

Difahamkan, dalam insiden serangan itu, terdapat mangsa lain turut tercedera dan suspek dituduh melakukan pembunuhan dan serangan itu.

Motif kejadian masih disiasat.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 31 January 2021 @ 7:10 AM