Colin Armstrong. - FOTO AFP
Colin Armstrong. - FOTO AFP
BERNAMA

Bogota (Colombia): Konsul Kehormat United Kingdom (UK) di Guayaquil, Colin Armstrong dilaporkan diculik oleh lelaki bersenjata di ladang miliknya di Ecuador pada Sabtu, menurut pihak berkuasa.

Polis mengesyaki beliau diculik oleh kumpulan yang mempunyai kaitan dengan aktiviti pengedaran dadah, lapor Agensi Anadolu.

Kementerian Luar UK dan Ecuador belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kes itu.

Polis telah melancarkan operasi mengesan Armstrong.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 17 Disember 2023 @ 4:24 PM