FARC pernah menolak perjanjian damai dengan tentera Colombia pada 2016. FOTO/AGENSI.
FARC pernah menolak perjanjian damai dengan tentera Colombia pada 2016. FOTO/AGENSI.
AFP

BOGOTA: Kira-kira 10 anggota pemberontak Angkatan Bersenjata Revolusi Colombia (FARC) terbunuh ketika bertempur dengan tentera Colombia selepas menarik diri daripada perjanjian damai 2016.

Pasukan tentera khas dan polis melancarkan operasi di daerah Caqueta, lokasi yang sama pemimpin kumpulan itu, Rodrigo Cadete, 52, terbunuh.

“Selain sembilan anggota gerila terbunuh, kami juga menangkap beberapa yang lain dan pertempuran masih berterusan di wilayah itu,” kata ketua pertahanan, Guillermo Botero dalam satu kenyataan di Manizales.

Menurut perisik tentera, meskipun 7,000 anggota FARC sudah meletakkan senjata namun, kira-kira 1,700 penentang masih memberontak dan hidup dengan hasil wang dadah.

kumpulan itu bergerak tanpa pemimpin, beroperasi di kawasan terpencil dan bertempur dengan kumpulan lain untuk mengawal dadah dan laluan pengedarannya.

Colombia pernah mengalami keadaan aman sejak perjanjian damai 2016 yang ditandatangani oleh Presiden Juan Manuel Santos dengan pemberontak FARC.

Perjanjian damai itu mengubah FARC menjadi sebuah parti politik, meninggalkan Tentera Pembebasan Kebangsaan (ELN) menjadi serpihan kumpulan pemberontak terakhir di negara itu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 3 Februari 2019 @ 12:56 PM