PENDUDUK Palestin menunjukkan risalah yang digugurkan Israel di Gaza memberi amaran jangan menghampiri pagar sempadan serta menggunakan senjata tertentu. - AFP
PENDUDUK Palestin menunjukkan risalah yang digugurkan Israel di Gaza memberi amaran jangan menghampiri pagar sempadan serta menggunakan senjata tertentu. - AFP
Reuters

Gaza: Israel buat kali pertama menggugurkan risalah di Semenanjung Gaza semalam, memberi amaran kepada penduduk Palestin agar tidak menghampiri pagar sempadan jika tidak mahu ditembak tentera Zionis.

Risalah itu digugurkan berikutan setiap Jumaat, ribuan penduduk Palestin berkumpul di sempadan dengan Israel sempena ‘Perhimpunan Perarakan Pulang’ selama enam minggu, bermula awal bulan ini.

Sehingga kini, 31 penduduk Palestin mati ditembak tentera Israel - tindakan yang dikecam masyarakat antarabangsa kerana Israel menggunakan peluru hidup menembak penunjuk perasaan yang tidak bersenjata atau bertindak ganas.

Ratusan lagi cedera akibat ditembak, sama ada oleh peluru hidup atau peluru getah serta gas pemedih mata. Israel menempatkan ratusan penembak tepat sepanjang sempadannya dengan Gaza.

“Hamas mengambil kesempatan terhadap kamu dalam usahanya melancarkan serangan pengganas. IDF (Tentera Pertahanan Israel) bersedia untuk semua kemungkinan.

“Jauhi pagar dan jangan cuba merosakkannya,” bunyi tulisan pada risalah berkenaan yang digugurkan pesawat Israel.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 21 April 2018 @ 3:06 AM