BIARPUN bersaiz kecil namun anai-anai boleh memusnahkan kediaman dan perabot.
BIARPUN bersaiz kecil namun anai-anai boleh memusnahkan kediaman dan perabot.
Fairul Asmaini Mohd Pilus


JIKA memiliki kediaman yang diperbuat daripada kayu atau mempunyai pelbagai perabot kayu, anda perlu berhati-hati dengan kehadiran anai anai.

Biarpun bersaiz kecil serangga itu boleh memusnahkan kediaman dan perabot tanpa disedari.

Antara tanda-tanda yang anai-anai sudah berada di dalam rumah adalah:

Warna kayu berubah

Ada kemungkinan anai-anai sudah mula menyerang jika warna pada kerangka pintu dan tingkap atau lantai kayu sudah mula berubah warna.

Warna coklat gelap pada tempat terbabit selalunya akan bertukar menjadi coklat cair jika terdapat kehadiran anai-anai.

Laluan anai-anai

Anda boleh mengesan laluan anai-anai seperti satu laluan panjang bersaiz pensil muncul keluar dari perabot kayu atau kerangka pintu dan tingkap.

TANDA kehadiran anai-anai adalah adanya laluan serangga itu.
TANDA kehadiran anai-anai adalah adanya laluan serangga itu.

Kalkatu berterbangan

Kehadiran kalkatu selalunya menandakan kawasan berkenaan ada anai-anai bersarang.Perhatikan di kawasan mana yang kalkatu selalu keluar dan makan, anda akan dapat mencari anai-anai dalam rumah.

Jumpa rekahan atau lubang

Cuba gunakan pemutar skru untuk mengetuk perlahan pada kawasan kayu bagi mengesan lubang.

Perhati dengan teliti sebarang rekahan pada kerangka berkayu dan jika ada bunyi ketukan berbeza pada tempat tertentu.

Kalau anda terjumpa selut berpasir di rekahan tu, ia menandakan kehadiran anai-anai.

Untuk mengatasi masalah kehadiran anai-anai, anda boleh mengupah kontraktor untuk membasminya namun memerlukan bajet yang bukan sedikit.

Bagaimanapun, selain penggunaan racun, terdapat beberapa petua untuk dicuba bagi membasmi anai-anai di kediaman anda:

1) Air Kapur

Kapur dikatakan bersifat panas dan air yang dibancuh dengan kapur dapat membakar kulit anai-anai yang nipis.

Caranya mudah iaitu siram air kapur di kawasan laluan anai-anai dan sarangnya.

2) Daun tembakau

Rendam daun tembakau kering semalaman dan kemudian siram ke atas sarang serta laluan anai-anai.

Kandungan Nikotin di dalam daun tembakau dipercayai dapat membantu menghalau haiwan itu dari kediaman anda.

AIR basuhan beras boleh digunakan untuk memusnahkan sarang anai-anai.
AIR basuhan beras boleh digunakan untuk memusnahkan sarang anai-anai.

3) Air cucian beras.

Anda hanya perlu ambil air pertama dari basuhan beras dan siram pada sarang anai-anai.

Cara ni dapat memusnahkan anai-anai dari terus membuat sarang di rumah anda.

4) Garam

Selain tabur, untuk lagi berkesan anda boleh mencampurkan dengan air dan biarkan semalaman sebelum sembur ke kawasan sarangnya.

5) Minyak tanah

Minyak tanah juga boleh digunakan untuk menghalau dan membunuh anai-anai terutama pada kayu.

Bagaimanapun, baunya adalah kuat dan tidak sesuai digunakan di dalam rumah.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 27 Februari 2021 @ 6:32 AM