MOHAMAD bersama Pengerusi Kumpulan Media Prima Berhad, Datuk Seri Dr Syed Hussian Aljunid di Majlis Berbuka Puasa Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan Bersama Media yang didakan di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur. FOTO Eizairi Shamsudin.
MOHAMAD bersama Pengerusi Kumpulan Media Prima Berhad, Datuk Seri Dr Syed Hussian Aljunid di Majlis Berbuka Puasa Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan Bersama Media yang didakan di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur. FOTO Eizairi Shamsudin.
Nor Azizah Mokhtar


Kuala Lumpur: Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan meraikan hampir 100 pengamal media pada majlis berbuka puasa di Hotel Royale Chulan di sini, hari ini.

Majlis anjuran Pejabat Menteri Pertahanan dan Unit Komunikasi Strategik Kementerian Pertahanan (Mindef) dihadiri pelbagai agensi media tempatan antaranya Media Prima Berhad, The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP), Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA), Radio Televisyen Malaysia (RTM), Astro Awani dan Utusan Malaysia.

Yang turut hadir, Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari dan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Muez Abd Aziz.

Majlis turut dihadiri Pengerusi Kumpulan Media Prima, Datuk Seri Dr Syed Hussian Aljunid, Pengarah Eksekutif Kumpulan Media Prima, Rafiq Razali; Ketua Pegawai Operasi Media Prima Omnia, Effendi Omar dan Pengarang Kumpulan Harian Metro, Husain Jahit.

Sementara menunggu waktu berbuka, semua tetamu turut diperdengarkan tazkirah Ramadan disampaikan Kolonel Dr Khairul Fauzi Azmi daripada Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT).

Pada majlis itu, Mohamad turut mengambil kesempatan menyantuni petugas media yang hadir dengan beramah mesra bersama mereka.

Penganjuran majlis berbuka puasa ini sebagai satu inisiatif kementerian sebagai tanda terima kasih dan menghargai kerjasama serta sumbangan pihak media yang banyak membantu dalam menyebar luas liputan dalam meningkatkan kefahaman kepada awam tentang peranan MINDEF dalam menjaga kedaulatan negara.

r

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 April 2023 @ 12:02 AM