GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
BERNAMA

Kuala Lumpur: Anak syarikat milik penuh Public Bank, Public Mutual Bhd mengumumkan jumlah agihan kasar lebih RM77 juta bagi 13 dana untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022.

Dalam kenyataan, Public Mutual berkata, 13 dana itu termasuk Public Strategic Bond Fund (3.05 sen seunit), Public Islamic Strategic Bond Fund (2.85 sen seunit), Public Islamic Enhanced Bond Fund (2.25 sen seunit) dan Public Institutional Bond Fund (0.92 sen seunit).

Ia turut mengisytiharkan agihan kasar bagi PB Aiman Sukuk Fund (2.70 sen seunit), Public e-Islamic Sustainable Millennial Fund (1.00 sen seunit), Public Savings Fund (0.50 sen seunit), Public Focus Select Fund (0.50 sen seunit) dan PB Asia Pacific Enterprises Fund (0.50 sen seunit).

Ia turut mengumumkan agihan bagi PB Mixed Asset Conservative Fund (0.30 sen seunit), PB Balanced Sequel Fund (0.30 sen seunit) dan Public e-Islamic Sustainable Millennial Fund (1.00 sen seunit).

Public Mutual adalah syarikat unit amanah swasta terbesar di Malaysia dengan lebih 170 dana di bawah pengurusannya.

Ia juga ialah penyedia Skim Persaraan Swasta (PRS) yang diluluskan, menguruskan sembilan dana PRS dan mempunyai 31 cawangan dan pusat perkhidmatan pelanggan di seluruh negara.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 31 Disember 2022 @ 12:21 PM