(Dari kiri) Ketua Pengarah Eksekutif ETCM, Daniel Ho; Naib Presiden Eksekutif, Nissan Motor Co, Asako Hoshino; Timbalan Presiden Tan Chong Group, Datuk Dr Rosie Tan, dan Naib Presiden Pemasaran, Nissan Asia & Oceania, Nirmal Nair pada pelancaran Nissan Serena S-Hybrid 2022.
(Dari kiri) Ketua Pengarah Eksekutif ETCM, Daniel Ho; Naib Presiden Eksekutif, Nissan Motor Co, Asako Hoshino; Timbalan Presiden Tan Chong Group, Datuk Dr Rosie Tan, dan Naib Presiden Pemasaran, Nissan Asia & Oceania, Nirmal Nair pada pelancaran Nissan Serena S-Hybrid 2022.
Lizam Ridzuan


Kuala Lumpur: Edaran Tan Chong Motors (ETCM), pengimport, pemasang dan pengedar utama kenderaan jenama Nissan menerima lebih 2,000 tempahan untuk model kenderaan pelbagai guna (MPV) Nissan Serena S-Hybrid 2022 Baharu.

Ketua Pengarah Eksekutifnya, Daniel Ho berkata ETCM mula memperkenalkan MPV keluarga pertama pada 1997 dan sejak itu empat generasi Serena sudah berada di dalam pasaran negara ini.

"Setakat ini 45,000 unit sudah terjual dan pada 2021 Nissan Serena menjadi MPV paling laris jualannya untuk jenama bukan nasional di Malaysia," katanya pada majlis pelancaran hari ini.

Turut hadir Naib Presiden Eksekutif, Nissan Motor Co, Asako Hoshino.

Model ini diberi beberapa elemen peningkatan seperti lampu utama LED yang direka semula, gril hadapan V-Motion Majestic krom, bampar yang diperbaharui, pelapik kalis bunyi roda belakang dan rim hitam kusam.

Ruang kabin dengan tujuh tempat duduk dengan dua pilihan warna hitam atau coklat kulit premium nappa, serta ciri lain dengan sistem infotainmen bersaiz 9 inci dan Paparan Bantuan Pemandu Termaju bersaiz tujuh inci.

Ia juga kini dilengkapi ciri keselamatan termaju dengan Amaran Perlanggaran Jangkaan Hadapan dan Brek Kecemasan, Amaran Perlanggaran Hadapan, Amaran Titik Buta dan AMaran Trafik Melintas Belakang.

Selain itu ia juga dengan Monitor Pemandangan Sekitar dan Pengesan Objek Bergerak Pintar.

MPV Hibrid pertama pemsangan tempatan (CKD) ini juga masih kekal dengan enjin 2.0 liter 4 Silinder CVTC dengan ciri hibrid pintar dan Xtronic CVT dan mod pemanduan Eco yang juga diberi penarafan sebagai kenderaan cekap tenaga (EEV).

Untuk pasaran Malaysia, dua varian ditawarkan iaitu Nissan Serena S-Hybrid Highway Star pada harga RM149,999 dan Nissan Serena S-Hybrid Premium Highway Star (RM162,888).

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 6 Julai 2022 @ 5:40 PM