NORLIZA
NORLIZA

UDA Holdings Bhd menumpukan langkah memperkasakan gaya hidup lestari menerusi usaha mempertingkatkan pemilikan hartanah dalam kalangan rakyat dengan menganjurkan kempen hartanah Meriah Raya.

Pengerusi Uda, Datuk Norliza Abdul Rahim berkata, kempen yang bermula pada 26 April hingga 31 Mei di seluruh negara itu juga bertujuan mempromosikan pelbagai produk hartanah sesuai untuk semua lapisan masyarakat.

"Inisiatif ini platform untuk memperkenalkan produk-produk terkini Uda merangkumi unit kediaman serta komersial di empat wilayah iaitu utara (Pulau Pinang), selatan (Johor), timur (Pahang dan Terengganu) serta tengah (Selangor dan Kuala Lumpur).

"Kempen hartanah Meriah Raya ini adalah rentetan kejayaan kempen Uda 50 Golden Offers yang diperkenalkan sempena ulang tahun ke-50 Uda pada 2020," katanya pada majlis Meriah Raya Uda 2022 di sini, Sabtu lalu.

Sepanjang kempen Meriah Raya, Uda menawarkan pakej ganjaran berganda seperti rebat istimewa dan pemilikan mudah.

Antara projek yang diketengahkan sepanjang kempen ini ialah Residensi Akasia Jubilee, Legasi Kampong Bharu dan 38 Bangsar di Kuala Lumpur; Crescent Dew dan Wakaf Seetee Aisah 2 di Pulau Pinang; Pisonia Ville Fasa 2 di Johor; Pelindung Heights Fasa 3 di Pahang; serta Coast Kemaman dan Sarai di Terengganu. - Bernama

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 30 Mei 2022 @ 7:00 AM