ANTARA pengunjung yang hadir ke Majlis UDA Ria Raya @ Areca Terrace dan melawat gerai pameran serta jualan hartanah UDA Property Johor.
ANTARA pengunjung yang hadir ke Majlis UDA Ria Raya @ Areca Terrace dan melawat gerai pameran serta jualan hartanah UDA Property Johor.
Nur Ilyanie Hanisha Hisham

UDA Holdings Berhad (UDA), menyasarkan tiga projek hartanah baharu di Johor tahun ini.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif UDA, Datuk Mohd Salem Kailany berkata, antara produk hartanah kediaman bakal dilancarkan termasuk unit rumah teres dua tingkat Pisonia Ville (pakej tiga) di Bandar UDA Utama.

Tambahnya lagi, UDA turut memperkenalkan satu lagi produk hartanah kediaman di kawasan yang sama iaitu unit rumah berkembar dan banglo dua tingkat iaitu UDA Height.

Pembangunan rumah teres satu tingkat iaitu Sedili Residensi di Kota Tinggi juga dalam perancangan.

"Ketiga-tiga produk itu dijangka akan dilancarkan pada Julai, Oktober dan November tahun ini.

"Semoga usaha ini juga dapat menyumbang ke arah kesejahteraan masyarakat bertepatan dengan konsep Malaysia Madani," katanya dalam kenyataan.

Difahamkan, UDA menyasarkan jualan sebanyak 86 unit Areca Terrace menjelang Disember tahun ini dan ia ditawarkan dengan harga bermula daripada RM538,611 hingga RM803,916.

Pada majlis yang sama, UDA melancarkan unit rumah contoh teres dua tingkat Areca Terrace (Fasa 4A).

Menariknya, selain lokasi yang strategik, kediaman ini ia juga mudah dihubungkan ke destinasi tarikan pelancong serta pusat rekreasi seperti Legoland Malaysia, Puteri Harbour, Horizon Hills Golf & Country Club, Johor Golf & Country Club dan Ponderosa Golf & Country Club.

Menerusi Majlis UDA Ria Raya @ Areca Terrace yang diadakan, UDA turut menyerahkan baucar eksklusif kesihatan KPJ kepada pembeli yang membeli hartanah UDA Property Johor pada tahun ini sebagai salah satu insentif.

MOHD Salem (tengah) bersama Ketua Pegawai Operasi Perniagaan Hartanah dan Teknikal Kumpulan UDA Holdings Berhad, Datuk Nordin Murat (kanan) danKetua Pegawai Operasi UDA Land (South) Sdn Bhd, Muhammad Ismail Dasuki (kiri) turut melawat ke sekitar unit contoh Areca Terrace.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 19 Mei 2023 @ 6:30 AM