Md Arif (kiri) dan Mohd Shukrie (kanan).
Md Arif (kiri) dan Mohd Shukrie (kanan).
Bisnes HM


Kuala Lumpur: KPJ Healthcare Berhad (KPJ Healthcare), mengumumkan pelantikan Datuk Md Arif Mahmood sebagai pengerusi baharunya, berkuat kuasa 1 April 2022.

Beliau mengambil alih jawatan itu daripada Tan Sri Dr Ali Hamsa, yang telah berkhidmat sebagai Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif dan Pengerusi sejak Jun 2021.

Md Arif, yang baru-baru ini bersara sebagai Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Hiliran Petronas pada 1 Januari 2022, mempunyai kerjaya yang cemerlang dengan pengalaman lebih 37 tahun dalam industri minyak dan gas bersepadu.

Beliau sebelum ini adalah Naib Presiden Kanan, Strategi Korporat & Risiko dan juga Naib

Presiden Perniagaan Minyak Petronas.

Selain itu, KPJ Healthcare turut mengumumkan pelantikan Datuk Mohd Shukrie

Mohd Salleh sebagai Presiden & Pengarah Urusan (PMD) baharu berkuat kuasa 1 April 2022

Mohd Shukrie mengambil alih jawatan daripada Ahmad Shahizam Mohd Shariff, yang tidak berhasrat untuk memperbaharui kontraknya yang akan tamat pada 30 Jun 2022.

Ahmad Shahizam telah menyandang jawatan itu sejak 1 Julai 2020, telah memaklumkan kepada Lembaga Pengarah KPJ Healthcare akan keputusannya berikutan tamat penggal beliau sebagai PMD.

Mohd Shukrie telah menyertai Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) pada Mei 2019 sebagai Ketua Pegawai Operasi dan kemudiannya memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif, di mana beliau telah memainkan peranan penting dalam mengemudi Kumpulan melalui tempoh mencabar pandemik dan mengekalkan operasi dan kestabilan kewangan MAHB.

Beliau adalah Akauntan Bertauliah dan ahli Institut Akauntan Malaysia serta memegang Ijazah dalam Pengajian Perniagaan dari University of North London.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 31 Mac 2022 @ 7:04 PM