AYAM Panggang Golden Prosperity ditawarkan dalam tiga set kombo untuk set hidangan lengkap.
AYAM Panggang Golden Prosperity ditawarkan dalam tiga set kombo untuk set hidangan lengkap.
Suliati Asri


Sempena sambutan Tahun Baharu Cina yang bakal tiba, Kedai Ayamas membawa kembali kelazatan Ayam Panggang Golden Prosperity untuk dinikmati semua Keluarga Malaysia.

Dengan slogan 'Kemakmuran dikecapi, kelazatan dikongsi', Ayam Panggang Golden Prosperity dibawa kembali atas permintaan ramai berikutan sambutan hebat diberikan rakyat Malaysia pada tahun lalu.

Pengarah Eksekutif Ayamas Shoppe Sdn Bhd, Abd Rahman Md Dawi berkata, dilancarkan dalam tempoh masa terhad sehingga 17 Februari 2022 dan selagi stok masih ada, pihaknya menawarkan kembali hidangan ini atas permintaan ramai.

CAWANGAN baharu Ayamas di Mercato, Bandar Enstek.
CAWANGAN baharu Ayamas di Mercato, Bandar Enstek.

Ayam Panggang Golden Prosperity berwarna perang keemasan ini dihasilkan dengan diperap dengan rempah ratus berkualiti dan disaluti sos prosperity istimewa yang pasti memberikan kenikmatan cita rasa yang unik iaitu gabungan rasa pedas dan manis madu bagi setiap gigitan.

"Hidangan ini disempurnakan lagi dengan taburan bijan hitam dan putih yang membangkitkan selera.

"Selain itu, kehadiran Ayam Panggang Golden Prosperity ini memberikan pilihan tambahan kepada penggemar ayam panggang Kedai Ayamas selain tiga cita rasa terkenal, iaitu golden, pepper dan percik," katanya.

Ayam Panggang Golden Prosperity dijual pada harga antara RM10.90 hingga RM31.90 untuk hidangan ala-carte.

Untuk set hidangan lengkap, pelanggan boleh memilih antara tiga pilihan set kombo yang disediakan iaitu Set Kombo A (Lucky Meal) seorang pada harga RM17.90, Set Kombo B (Fortune Meal) untuk dua orang (RM24.90) dan Set Kombo C (Auspicious Meal) untuk empat orang (RM38.90).

Setiap set Kombo dilengkapi Ayam Panggang Golden Prosperity dan set 5 Fingers iaitu kepingan ayam tempura resipi istimewa Kedai Ayamas berserta sos 100 peratus cili yang hanya ada di Kedai Ayamas untuk dinikmati dan dikongsi bersama seisi keluarga.

AYAMAS membuka cawangan baharu di Bandar Saujana Putra.
AYAMAS membuka cawangan baharu di Bandar Saujana Putra.

Pelanggan boleh mendapatkan Ayam Panggang Golden Prosperity terbaharu ini dengan bawa pulang atau melalui perkhidmatan penghantaran makanan seperti Grabfood, Foodpanda dan Shopeefood.

Ditawarkan untuk tempoh terhad, pastikan anda tidak terlepas peluang menikmati resipi istimewa Ayam Panggang Golden Prosperity ini di seluruh rantaian Kedai Ayamas dan Kios Ayamas Roaster Express berdekatan.

Selain itu, sempena perayaan Tahun Baru Cina dan kembalinya Ayam Panggang Golden Prosperity, Kedai Ayamas meluaskan rantaian bisnesnya dengan pembukaan dua cawangan baru Kedai Ayamas iaitu di Mercato, Bandar Enstek dan di Bandar Saujana Putra.

Abd Rahman berkata, pembukaan dua cawangan itu akan memberikan kemudahan kepada Keluarga Malaysia untuk menikmati kenikmatan Ayam Panggang Kedai Ayamas dan pelbagai produk makanan sejuk beku di kedai Ayamas.

"Kami optimis melebarkan sayap dengan menyasar lebih banyak cawangan baru Kedai Ayamas dibuka pada tahun 2022," katanya.

Ayamas Shoppe Sdn Bhd adalah syarikat anak milik penuh KARA Holdings Sdn BHd adalah pemilik jenama dan pengendali rantaian outlet Kedai Ayamas dan Ayamas Roaster Express.

Kini ada 75 cawangan Kedai Ayamas dan Kios Ayamas Roaster Express di Semenanjung Malaysia.

Selain itu, Kara Holdings Sdn Bhd melalui syarikat Ayamas Shoppe Sdn Bhd merancang membuka lebih banyak cawangan dalam tempoh masa tiga tahun ke depan melalui program franchise Kedai Ayamas.

Untuk promosi terkini, layari laman web www.kedaiayamas.my, Facebook: Kedai Ayamas - Ayamas Roasters; Instagram: kedai_ayamas; Tiktok: kedai_ayamas, Youtube: Kedai Ayamas Roasters

**Harga berbeza bagi platform perkhidmatan penghantaran.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 January 2022 @ 11:38 AM