PEMBUKAAN outlet ke-70 Kedai Ayamas di Sky Awani Sentul.
PEMBUKAAN outlet ke-70 Kedai Ayamas di Sky Awani Sentul.
Bisnes HM

Kuala Lumpur: Syarikat KARA Holdings Sdn Bhd (KARA) pemilik rantaian Kedai Ayamas terus memperluas rantaian bisnes Kedai Ayamasnya dengan pembukaan outlet ke-70 di Sky Awani Sentul, Kuala Lumpur.

Pembukaan cawangan ke-70 ini dilakukan dalam tempoh masa seminggu selepas pembukaan cawangan ke-69 Kedai Ayamas di Kerteh, Terengganu.

Pengarah Eksekutifnya, Abdul Rahman Md Dawi berkata, KARA terus optimis untuk terus melebarkan bisnes Kedai Ayamas dengan menyasarkan lebih 100 outlet menjelang 2023.  

 Katanya, sebagai sebahagian daripada komitmen JCORP dalam menggalakkan pembangunan keusahawanan menerusi aktiviti perniagaannya, program francais Kedai Ayamas sudah ditawarkan kepada rakyat Malaysia bermula dari 2019.

 "Kedai Ayamas ke-70 di Sky Awani ini direka bentuk dengan konsep santai untuk mewujudkan suasana yang lebih ceria dan menarik untuk  pelanggan bersama keluarga atau rakan menjamu selera atau datang berbelanja di Kedai Ayamas.  

 "Kami mahu konsep yang santai ini akan menarik generasi muda untuk datang ke Kedai Ayamas dan menikmati pelbagai menu lain seperti pelbagai pilihan pasta iaitu Aglio Olio, Beefballs Bolognaise, Prime Roast Carbonara, Chicken Chop, Meat ball,  mi kari ayam, karipap ayam dan lain-lain menu ditawarkan selain ayam panggang. 

  "Kami terus komited untuk mempelbagai menu makanan dan cita rasa ayam panggang seiring dengan perkembangan terkini industri makanan dan minuman (F&B) negara demi memastikan bisnes Kedai Ayamas terus berkembang maju dan sentiasa menjadi pilihan rakyat Malaysia," katanya dalam kenyataan.

  Terkenal dengan resipi istimewa Ayam Panggangnya iaitu Percik, Pepper dan Golden,  Kedai Ayamas terus kekal di hati rakyat Malaysia dengan pelbagai memori indah disematkan sepanjang 33 tahun perjalanan Kedai Ayamas bersama pelanggannya.

  Kedai Ayamas yang berada di pasaran sejak 33 tahun lalu adalah jenama tempatan yang menjadi pilihan rakyat Malaysia untuk menikmati kelazatan ayam panggang dan pelbagai produk berasaskan daging ayam sama ada makanan sejuk beku mahupun makanan yang sedia dimasak.

   Untuk perkembangan terkini layari  www.kedaiayamas.my; Facebook, Kedai Ayamas-Ayamas Roasters; Instagram, kedai_ayamas; Tiktok, kedai_ayamas; dan YouTube, Kedai Ayamas Roasters.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 22 November 2021 @ 8:27 AM