Oleh Suliati Asri


Kuala Lumpur: Bertemakan dua cita rasa sensasi, sambutan Ramadan Raya Bersama Kedai Ayamas tahun ini lebih meriah dengan dua pilihan dua cita rasa ayam panggang iaitu Ayam Panggang Telur Asin dan Ayam Panggang Percik.

Menjadi hidangan yang sentiasa dinantikan pelanggan, Ayam Panggang Telur Asin ditampilkan khusus untuk Ramadan dan raya kali ini oleh Kedai Ayamas.

Kenikmatan rasa telur asin lemak manis berkrim dengan aroma keharuman daun kari pasti membangkit selera semua Keluarga Malaysia ketika berbuka puasa dan jamuan raya.

Sinonim dengan kehadiran Ramadan, hidangan ayam panggang percik yang kekal dengan cita rasa legasi adalah pilihan utama setiap pelanggan Kedai Ayamas.

Ayam Panggang Percik adalah resipi istimewa dihasil dengan perapan santan, serai, kunyit dan rempah ratus terpilih untuk terus dinikmati oleh pelanggan sejak 34 tahun yang lalu.

Pengarah Eksekutif Ayamas Shopee Sdn Bhd, Abd Rahman Md Dawi berkata kempen 'Ramadan Raya Bersama Kedai Ayamas' kali ini menerapkan elemen berkongsi rezeki, kasih sayang dan bersyukur seiring dengan peralihan ke fasa endemik yang diumumkan baru-baru ini.

"Pastinya Ramadan dan raya kali ini amat bermakna kerana Keluarga Malaysia diberikan kebebasan untuk menjalani ibadah puasa dan berhari raya dengan kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) selepas dua tahun kita menjalaninya dalam suasana perintah kawalan pergerakan (PKP).

"Semoga Ramadan dan raya tahun ini akan lebih bermakna dan bagi menambahkan lagi kemeriahan Kedai Ayamas menyajikan dua pilihan ayam panggang sensasi untuk pilihan penggemar ayam panggang," katanya.

Kedai Ayamas menjanjikan sajian dua cita rasa sensasi ayam panggang iaitu telur asin dan percik yang pasti menepati pilihan pelanggan di bulan Ramadan dan Syawal ini.

Abd Rahman berkata promosi "MIXDOUBLE" dan "ROASTWO" menawarkan pembelian gabungan pilihan ayam panggang telur asin dengan percik.

"Untuk set hidangan lengkap pula, tiga pilihan set Kombo disediakan untuk pelanggan berharga dari RM16.90 sehingga RM57.90.

"Set Kombo A seorang pada harga RM16.90, Set Kombo B untuk dua orang (RM30.90) dan Set Kombo C untuk empat orang (RM57.90). Setiap set Kombo dilengkapi Ayam Panggang Telur Asin/Percik, nasi ayam dan pelbagai pilihan minuman.

"Kami berharap seluruh Keluarga Malaysia akan menikmati dua citarasa sensasi Ayam Panggang Telur Asin dan Percik yang ditawarkan pada masa promosi terhad ini," katanya.

Promosi ini bermula dari 1 April sehingga 31 Mei di semua rantaian Kedai Ayamas/Ayamas Roaster Express.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 5 April 2022 @ 2:33 PM