GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
Bisnes HM


Kuala Lumpur: QSR Brands, peneraju utama jenama rangkaian makanan yang mengendalikan KFC dan Pizza Hut Malaysia berbesar hati meneruskan usaha menentang Covid-19 dengan inisiatif baharu, 'Beli 1 Percuma 1' dalam menggalakkan rakyat Malaysia mengambil vaksin dengan segera.

Inisiatif yang bermula hari ini bersempena sambutan Hari Malaysia itu menawarkan 580,000 hidangan KFC dan Pizza Hut percuma selama sebulan.

Pengerusi QSR Brands, Tan Sri Jamaludin Ibrahim berkata, untuk menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia mengambil vaksin secepat mungkin dan mengekang ancaman Covid-19, QSR Brands menyokong usaha untuk meningkatkan peratusan vaksinasi agar mencapai imuniti kelompok.

"Atas dasar ini, kami mengambil berat kesejahteraan rakyat dan memastikan persekitaran yang selamat dan sihat untuk semua adalah amat penting.

"Justeru, Kempen "Beli 1 Percuma 1' adalah antara cara kami sebagai syarikat berjiwa rakyat untuk

menggalakkan pengambilan vaksin sekaligus menzahirkan penghargaan kepada rakyat kerana telah melakukan

tanggungjawab mereka ke arah masa depan lebih baik," katanya dalam kenyataan.

Pengerusi QSR Brands, Tan Sri Jamaludin Ibrahim.
Pengerusi QSR Brands, Tan Sri Jamaludin Ibrahim.

Menurutnya, sebagai sokongan kepada kempen Lindung Diri, Lindung Semua, QSR Brands juga turut menyumbangkan 70,000 pelitup muka KFC edisi terhad yang menetapi spesifikasi yang disyorkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) kepada petugas barisan hadapan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

Melalui kempen 'Beli 1 Percuma 1' ini, penerima lengkap vaksin Covid-19 akan menerima satu hidangan KFC

percuma berjumlah sehingga RM13.49 atau satu hidangan hangat Pizza Hut percuma berjumlah sehingga RM29.90 dengan pembelian satu hidangan.

Untuk menebus hidangan percuma KFC, pelanggan perlu daftar atau log masuk di https://kfc.com.my/vaksin dan kemudian muat naik imej sijil vaksin untuk mendapatkan e-baucar/kod promo unik yang akan

dihantar kepada emel pelanggan.

Layari www.kfc.com.my atau aplikasi, pilih hidangan untuk dibeli, dan masukkan kod promo ketika 'check out'.

Tawaran ini hanya sah apabila memilih pesanan atas talian KFC Delivery dan KFC Self Collect.

Bagi pesanan Pizza Hut, pelanggan perlu daftar atau log masuk di https://vaksin.pizzahut.com.my.

Muat naik dan sertakan imej sijil vaksin untuk mendapatkan e-baucar/kod promo unik yang akan

dihantar ke emel.

Layari www.pizzahut.com.my atau aplikasi, klik laman 'coupon', mula pilih dan ubahsuai piza dan pergi ke 'check out'.

Tawaran ini hanya sah apabila memilih khidmat Pizza Hut Delivery dan Bawa Pulang melalui pesanan atas talian dan 'walk-in.'

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 September 2021 @ 5:09 PM