Kilang pengeluaran minuman Spritzer.
Kilang pengeluaran minuman Spritzer.
Bisnes HM


Kuala Lumpur: Spritzer Malaysia, pengeluar air mineral semula jadi kini menawarkan promosi eksklusif bersempena Festival Jenama 8.8 Shopee yang berakhir pada 8 Ogos ini.

Spritzer dalam kenyataan berkata, individu perlu kekal hidrasi dan sihat di dalam cuaca panas sekarang di samping menjaga keselamatan diri.

"Dengan membeli pelbagai pelan langganan Air Mineral Semula Jadi Spritzer terus dari rumah menerusi kedai rasmi Spritzer di Shopee daripada harga serendah RM127.50 sebulan, ia dapat memenuhi keperluan berbeza isi rumah," kata Spritzer.

Selain itu, setiap pelan langganan didatangkan dengan dispenser pam air yang boleh dicaj semula yang ringan, kompak dan mudah alih.

Spritzer juga memperkenalkan So Tinge!, barisan baharu minuman berkarbonat berperisa buah-buahan yang didatangkan di dalam tiga perisa – lemon, anggur dan tembikai, dibotolkan dalam kandungan 325ml, untuk menyegarkan dan menghilangkan dahaga pada hari panas.

Bersempena dengan Festival Jenama 8.8 Shopee, Spritzer menawarkan pilihan Spritzer Sparkling dengan potongan 50 peratus daripada harga biasa.

Sehingga 8 Ogos nanti, pengguna juga akan menikmati baucar menarik seperti diskaun RM10 dengan minimum perbelanjaan RM120 atau potongan 88 peratus dengan minimum perbelanjaan RM1, dihadkan pada RM5.

Selain itu, pelanggan juga berpeluang mendapatkan potongan 50 peratus dengan minimum perbelanjaan RM1, dihadkan pada RM5.

Pengguna yang membeli di kedai rasmi Spritzer di Shopee, juga akan menikmati penghantaran percuma dengan minimum perbelanjaan serendah RM8, potongan harian 88 peratus dan tawaran berjenama RM8.

Terdapat sehingga 38 juta Syiling Shopee untuk direbut bersama ganjaran Shopee apabila pembeli bermain Shopee Farm, Spin & Win, Shopee Bubble atau Shopee Candy.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 4 Ogos 2021 @ 7:13 PM