USAHAWAN durian kini mula beralih ke jualan atas talian.
USAHAWAN durian kini mula beralih ke jualan atas talian.
Sri Ayu Kartika Amri


BERIKUTAN pandemik Covid-19, musim durian kini tidak lagi boleh dinikmati seperti sebelum ini.

Tiada lagi gerai tepi jalan yang boleh dikunjungi namun, ia tidak mematahkan semangat usahawan durian kerana mereka kini mula beralih ke jualan atas talian.

Shopee mendapati kata kunci durian menjadi trend di platform berkenaan dan ia secara organik berjaya menarik pengusaha durian dari seluruh negara untuk menawarkan durian secara e-dagang.

Malah, ada yang menjalankan kempen Duduk Rumah, Makan Durian untuk kekal relevan.

Pengarah Urusan Serantau Shopee, Ian Ho berkata, memandangkan kata kunci durian menjadi trend di platformnya, Shopee menampilkan 500 penjual durian dan buah-buahan lain dalam 6.6 Super Sale yang berlangsung dari sekarang hingga 6 Jun 2020 dengan tawaran istimewa serendah 66 sen bagi raja buah berkenaan.

"Penjual tempatan perlukan sokongan berterusan demi ekonomi negara. Itu sebabnya selain menampilkannya dalam kempen kami seperti 6.6 Super Sale, Shopee komited untuk memastikan platform kami adalah kos efektif.

"Kami juga menasihatkan penjual supaya memastikan mereka dapat memenuhi pesanan bekalan, pembungkusan dan logistik sebelum menjual.

"Kami memahami ini mungkin agak sukar bagi penjual yang pertama kali menjual secara atas talian dan disebabkan itu, kami menugaskan pasukan khusus untuk membantu mereka yang memerlukan pertolongan," katanya dalam kenyataan, semalam.

Menurutnya, durian juga akan dijual dalam Jualan Kilat pada harga hanya 66 sen dengan diskaun tambahan 10 peratus di kedai penjual terpilih sepanjang kempen.

Selain itu, untuk penjimatan bagi pelbagai produk, Shopee turut membuat penghantaran percuma dengan perbelanjaan minimum RM16 serta tawaran baucar RM6 setiap hari pada 6.6 Super Sale.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 2 Jun 2020 @ 7:30 AM