FOTO arkib NSTP Ahmad Irham Mohd Noor
FOTO arkib NSTP Ahmad Irham Mohd Noor
Oleh Nabil Basaruddin


Kuala Lumpur: AirAsia X Berhad (AirAsia X) hari ini memperkenalkan penerbangan harian baru ke Auckland, New Zealand dari Kuala Lumpur melalui Gold Coast, Australia.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X, Benyamin Ismail, berkata penerbangan harian yang dijadualkan akan beroperasi bermula pada 22 Mac 2016 itu akan mengukuhkan sambungan laluan udara antara Asia, Australia dan New Zealand.

"Bagi meraikan pengumuman laluan baru ini, AirAsia X menawarkan promosi tambang termasuk semua caj bermula dari serendah RM499 sehala bagi tempat duduk ekonomi atau RM1,499 sehala untuk Flatbed.

"Tambang promosi ini boleh ditempah melalui laman web bermula 13 hingga 14 Januari ini, bagi tempoh perjalanan dari 22 Mac 2016 hingga 5 Februari 2017," katanya ketika majlis pelancaran laluan baru AirAsia X ke New Zealand di sini, hari ini.

Tambah Benyamin, New Zealand adalah destinasi bertaraf dunia dan yakin ia juga akan mewujudkan permintaaan yang lebih tinggi bagi destinasi penerbangan antarabangsa AirAsia X seterusnya kekal berdaya saing di rantau ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 12 January 2016 @ 12:03 PM