Mohd Zaky Zainuddin dan Lizam Ridzuan


PROTON akan mengadakan jualan kilat untuk model Iriz serba baharu bermula jam 10 pagi esok hingga 11.59 malam pada 11 Mac ini.

Menerusi jualan kilat ini, pembeli boleh menempah Iriz secara dalam talian dengan hanya RM9.99 malah, PROTON turut memberi ganjaran dengan cukai jalan percuma selama dua tahun sebagai tanda penghargaan.

Model hatchback terkini keluaran Proton itu akan diperkenalkan tidak lama lagi turut menerima 367 pembaharuan, menyerlahkan gaya sporty dan saling-hubungan.

Pembaharuan bermula dengan reka bentuk luaran yang diberi nafas baharu serta dilengkapi unit stereo pintar sama yang diperkenalkan pada Proton X70.

Ia juga model pertama dalam rangkaian semasa syarikat yang mendapat sentuhan terkini selepas pengumuman kerjasama bersama Zhejiang Geely Holding Group (Geely Holding).

Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Dr Li Chunrong berkata, Proton Iriz diinspirasikan untuk menjadi model pintar, sebelum ia diikuti dengan rangkaian model sedia ada.

"Selepas perasmian Proton X70, Proton Iriz akan menjadi model kedua yang dilengkapi dengan unit stereo pintar dan menggunakan kata laluan yang sama iaitu Hi Proton! bagi mengakses sistem," katanya pada majlis pembentangan media di Subang Jaya, hari ini.

Iriz baharu ditawarkan dengan pilihan lima varian iaitu Standard 1.3 liter (manual), Standard 1.3 liter CVT, Executive 1.3 liter CVT, Executive 1.6 liter CVT dan Premium 1.6 liter.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 28 Februari 2019 @ 5:00 PM
Proton Iriz boleh ditempah pada hanya RM9.99 mulai esok.
Proton Iriz boleh ditempah pada hanya RM9.99 mulai esok.
Proton Iriz serba baharu akan diperkenalkan tidak lama lagi. FOTO NSTP
Proton Iriz serba baharu akan diperkenalkan tidak lama lagi. FOTO NSTP