YASUDA (dia kiri) bersama Zaqhwan (dua kanan). Turut hadir,  Ketua Pegawai Perancangan, Boon Siew Honda Sdn Bhd, Koichi Tonouchi dan Ketua Pegawai Penjualan, Voon Yin Kong ketika majlis pelancaran. FOTO Aziah Azmee
YASUDA (dia kiri) bersama Zaqhwan (dua kanan). Turut hadir, Ketua Pegawai Perancangan, Boon Siew Honda Sdn Bhd, Koichi Tonouchi dan Ketua Pegawai Penjualan, Voon Yin Kong ketika majlis pelancaran. FOTO Aziah Azmee
Lizam Ridzuan


BOON Siew Honda Sdn Bhd melancarkan model cub Honda Dash 125 serba baru di Petaling Jaya, hari ini.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Keiichi Yasuda berkata, model berkenaan dinaik taraf kapasiti enjin daripada 110cc.

“Kami juga menjangkakan peningkatan sebanyak 2 hingga 3 peratus daripada 25 peratus penguasaan pasaran jualan motosikal di Malaysia melalui beberapa model baru yang akan dilancarkan tahun ini," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran di Petaling Jaya, hari ini.

Hadir sama, pelumba motosikal Asia Road Racing Championship (ARRC), Zaqhwan Zaidi yang dilantik sebagai duta Dash 125.

Honda Dash kini dikuasakan dengan enjin 125cc reka bentuk baru yang lebih dinamik dan sporty.

Model ini juga dilengkapi dengan lampu hadapan LED, pelindung kaki dan jalur rim bergaya serta cermin sisi dan rekaan meter serba baru.

Empat warna ditawarkan iaitu Hitam Mutiara, Merah, Biru Mutiara dan Edisi Repsol dalam tiga varian iaitu brek cakera tunggal, brek cakera berkembar dan Edisi Repsol brek cakera berkembar.

Ia dijual pada harga RM5,999 hingga RM6,499 (atas jalan tanpa insurans) dengan jaminan pengeluar selama dua tahun atau 20,000 kilometer (km) yang mana lebih awal.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 16 Julai 2018 @ 4:13 PM