YASUDA (tiga dari kanan) pada majlis pelancaran tiga model baharu motosikal jenama Honda, semalam.
YASUDA (tiga dari kanan) pada majlis pelancaran tiga model baharu motosikal jenama Honda, semalam.
Lizam Ridzuan


KUALA LUMPUR: Boon Siew Honda Sdn Bhd, pengedar, pengimport dan pemasang motosikal jenama Honda di negara ini melancarkan tiga model baharu 2019 iaitu CBR500R, CB500F dan CB500X.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Keiichi Yasuda berkata, tiga model saiz pertengahan ringan yang mula diperkenalkan sejak 2013 adalah pilihan sesuai buat mereka yang mahu menaiktaraf daripada motosikal berkuasa lebih rendah.

“Selain corak grafik baharu model itu kini dilengkapi dengan sistem brek anti-kunci (ABS), suspensi belakang baru, klac assist/slipper, lampu hadapan LED dan panel meter LCD moden,” katanya pada majlis pelancaran di sini, semalam.

Model dengan enjin 471 cc DOHC, silinder berkembar selari yang kini menjana 50 hp pada 8,500 rpm dengan tork 45Nm pada 6,500 rpm untuk kelancaran kuasa pada pelbagai kelajuan.

CBR500R ialah sportbike fairing penuh yang menawarkan rekaan agresif dengan dwi-lampu hadapan LED untuk posisi menunggang erodinamik dan selesa dengan konsep enjin seperti CBR1000RR.

CB500F di dalam segmen roadster dengan gaya ringkas namun menawarkan kepuasan tunggangan bercirikan rekaan enjin seperti CBR100RR Fireblade.

Honda CB500X ialah model pengembaraan dengan enjin dan ciri teknikal dipertingkatkan seperti suspensi hadapan lebih panjang serta rim hadapan 19 inci corak baharu.

Untuk pasaran Malaysia CBR500R dijual pada harga RM34,499 manakala CB500F (RM33,999) dan CB500X pula RM36,099 dengan dua tahun waranti pengeluar atau 20,000 kilometer (km) yang mana lebih dahulu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 20 Jun 2019 @ 7:00 AM