Watsons mempersembahkan filem epik digital Legenda Cun yang diinspirasikan daripada filem Melayu pada era kegemilangan Allahyarham Tan Sri P Ramlee.
Watsons mempersembahkan filem epik digital Legenda Cun yang diinspirasikan daripada filem Melayu pada era kegemilangan Allahyarham Tan Sri P Ramlee.
Wan Nur Ameera Meor Rozman


Kuala Lumpur: Watsons Malaysia, peruncit produk kecantikan dan kesihatan terkemuka Asia melancarkan kempen hari raya dengan menawarkan diskaun sehingga 50 peratus kepada pelanggan dan ahli kad VIP Watsons.

Pengurus Besar dan Ketua Negara Watsons Malaysia Caryn Loh berkata, sepanjang tempoh kempen bermula 7 Jun hingga 24 Julai, pelanggan berpeluang menikmati promosi menarik daripada jenama produk kecantikan dan kesihatan yang mengambil bahagian.

“Hari raya adalah musim perayaan yang penting bagi Watsons untuk meraikannya bersama pelanggan.

“Selain membekalkan pengalaman membeli-belah yang terbaik sama ada di kedai mahupun kedai dalam talian, kami juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada pelanggan dan ahli VIP Watsons.

“Untuk terus meningkatkan semangat perayaan, kami menampilkan bekas untuk menyimpan biskut raya, gula-gula atau alat kecantikan menerusi siri Kanister Raya Cun dengan pelbagai pilihan warna yang boleh didapati pada harga bermula RM12.53 selain potongan harga sehingga 55 peratus,” katanya pada majlis berbuka puasa dan pelancaran Watsons Lagenda Cun di sini, baru-baru ini.

Menurutnya, selain itu, Watsons juga menawarkan hadiah bernilai RM20,000 dan 60,000 mata ganjaran kepada ahli VIP Watsons yang berbelanja minimum RM100 di cawangan dan portal Watsons.

Seiring dengan kempen berkenaan, Watsons mempersembahkan filem epik digital Legenda Cun yang diinspirasikan daripada filem Melayu pada era kegemilangan Allahyarham Tan Sri P Ramlee.

Legenda Cun yang menampilkan barisan selebriti seperti Kamal Adli, Uqasha Senrose, Raja Ilya dan Ruhainies akan mula ditayangkan pada 7 Jun menerusi laman Facebook dan YouTube rasmi Watsons Malaysia.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 5 Jun 2017 @ 8:03 AM