BARISAN selebriti pada pelancaran kempen Watsons Gaya Raya Luar Biasa.
BARISAN selebriti pada pelancaran kempen Watsons Gaya Raya Luar Biasa.

WATSONS melancarkan kempen Gaya Raya Luar Biasa yang berlangsung dari 5 April hingga 9 Mei 2022.

Pengarah Urusan, Watsons Malaysia, Caryn Loh berkata, sempena sambutan hari raya tahun ini, pihaknya menawarkan diskaun sehingga 50 peratus untuk pembelian di kedai dan dalam talian di mana ahli Watsons berpeluang memenangi hadiah bernilai sehingga RM3 juta.

"Selain itu, ahli juga berpeluang memenangi kereta Perodua Myvi baharu, telefon pintar OPPO dan baucar Watsons.

"Pembeli juga boleh menikmati diskaun tambahan RM10 dengan pembelian RM100 dengan GrabPay serta baucar jenama tambahan bernilai lebih RM260 dalam penjimatan," katanya dalam kenyataan.

Katanya, bagi ahli, Watsons turut memberikan pakej dan baucar raya eksklusif bernilai RM5,000.

"Kami juga menambah ganjaran 'luar biasa' iaitu Koleksi Raya Eksklusif dengan diskaun sehingga 50 peratus dengan periuk memasak seramik aluminium edisi terhad, kaserol hidangan porselin serta pinggan porselin dua tingkat," katanya.

Bagi meraikan sambutan hari raya ini juga, Watsons turut melancarkan filem yang dibintangi selebriti terkemuka antaranya Ayda Jebat, Datuk Jalaludin Hassan, Fauziah Ahmad Daud, Nabil Mahir, Jinnyboy dan kumpulan Dolla.

Ia ditayangkan secara rasmi di saluran rasmi Facebook Watsons Malaysia, YouTube dan Instagram.

Caryn berkata, inspirasi dan tema di sebalik filem yang bermakna dan menghiburkan tahun ini adalah untuk mengingatkan semua orang supaya percaya pada diri mereka sendiri dan bahawa mereka adalah luar biasa tidak kira di mana mereka berada.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 18 April 2022 @ 7:01 AM