Wan Nur Ameera Meor Rozman


Bagi pelanggan setia peruncit antarabangsa terbesar di Asia dan Eropah menerusi segmen kesihatan dan kecantikan, Watsons pastinya anda teruja dengan kemunculan aplikasi mudah alih, My Watsons.

Dibangunkan oleh Watsons Malaysia, ia platform beli-belah dalam talian yang terbaik untuk produk berasaskan kesihatan, kecantikan dan penjagaan diri.

Dengan aplikasi ini, anda boleh membuat imbasan kod bar produk untuk carian dengan lebih cepat dan mudah selain menyimpan pelbagai jenis barangan kegemaran di ruangan ‘Favourite’ bagi memudahkan pembelian berkala pengguna pada masa akan datang.

Meskipun melakukan pembelian di alam maya, pelanggan tetap boleh membuat pembayaran dengan mata Watsons yang terkumpul setiap kali berbelanja di My Watsons.

Antara ciri menarik lain termasuk membawa keahlian VIP ke mana sahaja anda pergi dengan menghubungkan keahlian terus kepada aplikasi berkenaan.

Kini pelanggan tidak perlu lagi ke cawangan berhampiran. Hanya klik dan tunggu item tiba sehingga ke pintu rumah mahupun mengambil barangan anda di kedai Watsons berhampiran.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 Jun 2016 @ 10:52 AM