MARC Marquez kini akan bersama Ducati
MARC Marquez kini akan bersama Ducati

London: Biarpun ketika ini Ducati Desmosedici motosikal terpantas dalam MotoGP, Andrea Dovizioso mengingatkan Marc Marquez bahawa ia masih bukan mudah untuk ditakluki.

Bekas pelumba Ducati Corse itu yang pernah muncul naib juara tiga kali dalam era kegemilangan Marquez, mengingatkan The Baby Alien tentang kegagalan Jorge Lorenzo apabila berpindah dari Yamaha ke Ducati.

Tanpa memperkecilkan bakat Marquez, pelumba Itali itu berkata Marquez boleh pergi pantas jika dia mampu menyesuaikan diri dengan dua perkara.

"Ini akan menjadi sangat menarik. "Dia akan pergi dengan sangat pantas dan perlu menyesuaikan diri dengan dua perkara," kata Dovi yang menamatkan karier perlumbaannya semasa bersama Yamaha.

"Yang pertama adalah brek, kerana dia selalu biasa dengan Hondanya. Bagaimanapun, saya rasa dia akan cepat menyesuaikan diri," kata Dovi.

Seperti yang diketahui, Lorenzo pernah menjadi juara dunia sebanyak tiga kali bersama Yamaha akhirnya membuat keputusan untuk berpindah ke Ducati pada 2017.

Prestasinya merosot dan akhirnya berpindah ke Repsol Honda sebelum bersara.

Lorenzo hanya bertahan dua musim di Ducati. Ketika berada di Borgo Panigale, pelumba yang digelar X-Fuera itu hanya menaiki podium sebanyak tujuh kali dan menang tiga kali.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 January 2024 @ 12:01 PM