Pelumba Ducati, Andrea Dovizioso. FOTO EPA
Pelumba Ducati, Andrea Dovizioso. FOTO EPA
Reuters

MISANO ADRIATICO, ItalI: Pelumba Itali, Andrea Dovizioso muncul juara Grand Prix (GP) San Marino untuk Ducati hari ini, manakala penyandang juara dunia Marc Marquez menamatkan perlumbaan di tempat kedua sekali gus meningkatkan kutipan mata keseluruhan untuk mempertahankan gelaran juara MotoGP dengan 67 mata.

Pelumba pilihan tempatan, Valentino Rossi hanya menduduki tempat ketujuh untuk Yamaha dan kehilangan kedudukan kedua keseluruhan kepada Dovizioso yang mengumpul 154 mata berbanding Marquez, 221 mata dengan berbaki enam lagi perlumbaan yang tinggal manakala Rossi, 151 mata.

Pelumba Ducati, Jorge Lorenzo yang memulakan perlumbaan di petak hadapan di Litar Marco Simoncelli di persisir Pantai Adriatic, Itali pula terbabas di pusingan akhir, dalam usaha Ducati menamatkan perlumbaan dengan kemenangan satu dua.

Situasi itu membolehkan pelumba Britain, Cal Crutchlow yang kecewa selepas perlumbaan di Silverstone terpaksa dibatalkan bulan lalu akibat hujan lebat dan air bertakung, menduduki tempat ketiga sekali gus membolehkan pasukan LCR-Honda mendahului bagi kategori bukan pengeluar. 

"Kami lakukan segalanya bagi membolehkan ia sempurna," kata Dovizioso yang bermula dari petak keempat dan mendahului perlumbaan selepas pusingan keenam. Dia menang dengan margin 2.822 saat.

"Hanya dengan cara ini saya boleh menang hari ini kerana Jorge sangat bagus dan menewaskan Marc memang sesuatu yang sukar," tambah pelumba Itali berkenaan.

Ia kemenangan pertama Dovizioso di Misano dan ketiga musim ini untuk pasukannya berturut-turut.

Lorenzo muncul juara di Austria manakala rakan sepasukannya menang di Republik Czech, sebelumnya.

Lorenzo dan Marquez bersaing sengit untuk menang tempat kedua dan mengekori rapat Dovizioso tetapi ia berakhir selepas selekoh kelapan.

"Ia amat sukar," kata Marquez yang berjaya membantu Ducati mendapatkan mata walaupun menghadapi kesukaran berbanding Honda di Misano.

"Apabila saya lihat Dovi sangat bagus hari ini matlamat saya hanya menamatkan perlumbaan di tempat kedua dan kehilangan lima mata sahaja.

"Saya amat kecewa kerana Jorge terbabit dengan kemalangan tetapi kami berdua memang berusaha keras kerana Dovi berada di hadapan."

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 9 September 2018 @ 10:45 PM